1.2.12

aktiviti dalam sehari..

Assalaam..
Pagi tadi papa ajak ke Kuala Selangor, nak ambil polis report kemalangan masa CNY lepas. Tujuan ambil polis report tu..sebab nak claim insurance di pihak sebelah untuk baiki kerosakan kereta kami. Mpv kami di terjah siminah rempit di satu persimpangan 4 jalan raya yang tak sibuk. Si minah rempit yang belum belajar undang-undang jalanraya..melambung sejauh hampir 5 meter dihadapan kereta kami. Nasib baik Ai yang memandu ketika itu tidak panik dan tidak mendapat kecederaan apa2. Si minah rempit tu pun cedera ringan saja. Nasib baaik lagi tu... cuma seliuh dan lebam2 aje. Nasib baik lagi..tali topi keledar tak tercabut. Kalau tengok live kemalangan tu..si minah rempit tu..dah macam superman..terbang melintas hadapan kereta kami. Akk yg panik..diam membatu dalam kereta..heheh



dah reda ..baru akk berani keluar..terus amik gambar..

Selesai urusan..akk pulak ajak papa pergi sungai buluh. Cari apa ke sungai buluh?  apa lagi..kalau bukan  pokok rose! akk tengah mengilai pokok2 rose.banyak jugak koleksi rose akk..kalau boleh akk nak penuhkan halaman rumah akk dengan pokok2 rose yang harum mewangi..hihi

menambah dua lagi koleksi..idnya tak tau lagi..


awal pagi tadi duk kupas kulit buah ngaku..ingatkan nak goreng petang ni buat keropok. cari sagat tak jumpa plak..kat mana lah akk letakkan..lupa plak. masa kemas2 pindah hari tu..tak ingat letak kat mana... Kena beli barulaa nampak gayanya..tak pun kena selongkar kotak2 dalam stor..malas nyerrrrr...huhuh..

31.1.12

jom melancung..

Assalaam.. 
Pagi tadi singgah ke TH Travel..tengah cari pakej pelancungan yg menarik untuk di jejaki..
Oh ya!! Hongkong Disneyland!!
waaaau!!
 bes tempat ni.. tambah bes kalau bawak budak2 datang ke sini kan?..


ada sesiapa nak ikut!! 
jom menabung..kita melancung ramai-ramai..
yang dah penuh tabung pelancungan tu..jom pergi sama-sama!!!


tetiba teringat taman roseku di rumah lama..huhu
kat area ni..tuan rumah baru tu tanam pokok buah mangga.huh!


sepetang..bersama Dato' Hassan Ali

Assalaam..
Teruja nak menghadirkan diri ke majlis ceramah Dato' Ustaz Hassan Ali, di dewan RT Seksyen 17 Shah Alam. Dah tempat tu dulu.. tempat kita kan...kenalah tunjukkan muka. Kalau dulu, akk ni di kira orang penting juga kat situ..tapi sejak pindah ke rumah baru dan kawasan baru ni..seakan ada gerakan nak menyingkirkan akk secara senyap. Akk tak kisah sangat pun!!
begitulah mainan politik orang melayu...
Mengikuti perkembangan terbaru politik melayu..cheewahhh..macamlah akk ni ekpet sangat! heheh..dan       hasil sembang dengan kawan jiran..ramai yg tak setuju dengan perkembangan terbaru ini. nak pecah berapa orang melayu ni ekk? siapa yang kita nak harapkan? adakah kita setakat menang sorak saja? adakah kita ni jenis meminta2 saja? nak meminta2 pula perlu di canangkan..cukup setakat kotak minuman sebagai bekas tadahan...huhuhu...sedihnya nasib melayu islam..




pernah makan makanan laut ini..tahu namanya?
inilah dia.. SEPETANG !
inilah menu terbaru dari dapur restoran kat Jeram.
akk makan beberapa minggu lepas.. selepas balik dari FMN meeting di Bukit Kuching..


jom blog walking sesama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

E Backlink